Koperasi Komuniti Cenderawasih Sabah Berhad

"Membina Nilai, Memacu Ekonomi"

Gerakan Koperasi Negeri Sabah


AKTIVITI KOPERASI

Menghasilkan Baja Organik

 Koperasi juga terlibat dalam penghasilan baja organik menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti sisa pertanian dan laut. Baja organik ini dijual kepada petani tempatan dan digunakan dalam projek pertanian koperasi sendiri, menyokong pertanian yang lestari dan mesra alam. Pati Baja Organik 1.5 liter diberikan seharga RM 4.50 dan Baja Organik diberikan seharga RM 15.00

Memproses Hasil Pertanian dan Laut

 Koperasi ini terlibat dalam memproses hasil pertanian (keropok ubi) dan laut seperti menghasilkan (keropok ikan tamban). Produk-produk ini diproses menjadi hiliran Produk makanan lain yang berkualiti tinggi untuk dijual di pasaran tempatan dan antarabangsa

Mengedar Produk IKS

 Koperasi berfungsi sebagai pengedar produk Industri Kecil Sederhana (IKS) yang dihasilkan oleh ahli-ahli koperasi dan komuniti sekitar. Produk-produk ini termasuk makanan ringan, kraftangan, pakaian, dan produk kecantikan yang dihasilkan secara tempatan.



Aktivti Homestay



Membangunkan Kemahiran



Kelas On-line dan Hands On

 Koperasi juga terlibat dalam pengurusan homestay yang menyediakan penginapan berkonsepkan komuniti kepada pelawat. Homestay ini bukan sahaja menjana pendapatan tambahan kepada ahli koperasi, malah memperkenalkan budaya tempatan serta menyokong pelancongan lestari di kawasan tersebut.

 Koperasi menyediakan pelbagai kursus dan latihan untuk meningkatkan kemahiran ahliahli dan komuniti. Ini termasuk latihan dalam keusahawanan, pengurusan kewangan, pemasaran digital, dan kemahiran teknikal lain yang relevan dengan aktiviti koperasi.

 Koperasi menawarkan kelas dalam talian dan sesi praktikal untuk membantu ahli dan komuniti mempelajari kemahiran baru. Kelas-kelas ini merangkumi pelbagai topik dari teknologi pertanian, pembuatan produk IKS, hingga kemahiran digital dan keusahawanan.



PENCAPAIAN KOPERASI

Penerima geran RM 40.000 program APPGM. All palimentary

( Projek : Baja Organik Rumpai Laut )

Pemenang program Green Semporna

Peserta terbaik program Green Semporna

COOPASAR

Selaras dengan misi untuk menyediakan peluang ekonomi serta membangunkan kemahiran komuniti, Koperasi Komuniti Cenderawasih Sabah Berhad (KOPCES) aktif melaksanakan pelbagai inisiatif dalam pemprosesan hasil pertanian dan laut, pengedaran produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS), serta penganjuran latihan kemahiran secara menyeluruh. Usaha ini bukan sahaja memperkasa ahli koperasi, malah membuka ruang kepada komuniti setempat untuk meningkatkan taraf hidup melalui ilmu, inovasi, dan keusahawanan.

 

Berpegang kepada visi menjadi peneraju inovasi produk hiliran berasaskan pertanian dan laut, KOPCES bertekad untuk menghasilkan produk yang berdaya saing di peringkat global. Melalui gabungan kepakaran, teknologi moden, dan semangat komuniti, KOPCES berperanan penting dalam memajukan ekonomi tempatan serta memperkukuh identiti Sabah sebagai pengeluar produk berkualiti tinggi yang berdaya saing di pasaran antarabangsa.